Thursday, 23 June 2011

Hari Pelanggan SKPT dan PKIBP

Pada hari ini (24 Jun 2011), SK Pekan Telipok khasnya kelas PKIBP mengadakan "Hari Pelanggan SK Pekan Telipok". Sambutan ibu bapa murid-murid pendidikan khas amat menggalakkan seawal 7.30 pagi lagi. Sekitar 10.30 pagi, segala urusan penyerahan laporan akademik telah selesai. Tujuan "Hari Pelanggan" diadakan adalah bagi memberi penerangan secara 4 mata atau terperinci mengenai perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas kepada ibu bapa khususnya dalam bidang akademik dan seterusnya perbincangan berkaitan aktiviti, latihan atau terapi yang perlu dijalankan di luar waktu sekolah.

Dari segi persiapan, walaupun program ini dimaklumkan last minute oleh pentadbiran, guru-guru kelas PKIBP berjaya membuat persiapan yang rapi dan lengkap bagi menyambut kedatangan ibu bapa. Sekalung penghargaan kepada semua guru-guru SKPT khasnya cikgu Emma, cikgu Pet, cikgu Noris dan Cikgu Yunus. Harapan agar program seperti ini dapat  diadakan lagi selepas peperiksaan semester ke-2 2011. Sekian dan terima kasih.

Tuesday, 14 June 2011

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke Blog Pendidikan Khas SK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah. Maklumat berkaitan kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP) SK Pekan Telipok akan dikemaskini dari masa ke semasa. Sekian dan terima kasih.